Assalamualaikum everybody. I hope you guys are doing well. Honestly, i didn't plan to post anything today. But.. I read back my own written novels, i decided to share the chapter that i've stopped. Just to give you guys the suspense. Here it goes:
(Chapter 31)
Sudah hampir sebulan lebih Quemira Farisha tidak bekerja. Hatinya sudah hancur lebur. Badannya pun kian susut kerana tidak selera makan. Namun, kehadiran Farhim Shadri sedikit sebanyak telah mengubati hatinya yang luka parah. Farhim Shadri seakan tahu apabila dia perlukan kawan. Ada suatu ketika itu, Quemira Farisha baru shaja mahu menelefon Farhim Shadri tetapi lelaki itu sudah terlebih dahulu berada di depan rumahnya.
"Jom!" Ajak Farhim Shadri yang muncul secara tiba-tiba di depan pintunya.
"Pergi mana?" Soal Quemira Farisha bingung.
"Adalah. Pergi siap cepat." Arah Farhim Shadri.
"Cepat!" Ujar Farhim Shadri apabila Quemira Farisha mahu membantah. Gadis itu hanya menurut. Quemira Farisha bersiap dibilik sementara Nurah Elailah melayan Farhim Shadri di luar rumah.
"How is she now?" Soal Farhim Shadri pada Nurah Elailah.
"She's still totally not over it yet. But, Alhamdullillah, she's better. Sekarang dia dah tak kurung diri lagi dalam bilik. Tapi, sering juga bersendirian. Dia akan keluar sendiri dan balik sendiri."
"Dia masih tak selera makan?" Nurah Elailah menggeleng.
"Dia makan macam biasa, tapi tak se-selera macam dulu." Farhim Shadri terangguk-angguk. Kasihan benar dengan nasib Quemira Farisha.
"Im, kita nak ke mana?" Soal Quemira Farisha yang baru sahaja muncul dari dalam rumah. Farhim Shadri tidak menjawab malah, tersenyum. Dia memberi salam pada Nurah Elailah.
Alright. Done. I love you. Nightz~ :D
0 comments:
Post a Comment